Doa yang bagus untuk wanita

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua☺️ Hari ini entry Syafiqah adalah mengenai DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA🤲🏻🌹

Antara salah satu keistimewaan seorang wanita adalah DOA wanita itu lebih makbul berbanding lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab Baginda , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia."

Ma Syaa Allah SubhanaAllah Alhamdulillah untungnya seorang wanita apabila berdoa. Jadi para wanita, memohon dan berdoalah sebanyak mungkin untuk diri, keluarga , anak-anak dan juga agama☺️ Jangan pernah rasa lelah, putus asa serta kurang keyakinan saat anda menadah tangan dan berdoa pada Maha Pencipta. 

Doa untuk wanita


In Shaa Allah entry kali ini Syafiqah akan kongsikan kepada anda 5 doa bagus yang diamalkan untuk para wanita🥰


1) Doa penaik seri wajah 

Doa Penaik Seri Wajah


Inilah Doa Nabi Yusuf supaya wajah tampil cantik dan berseri🥰 Bagi anda yang mengkehendaki supaya muka atau wajahnya berseri perlulah ia membaca Surah Yusuf Ayat 4 dan sebaik-baiknya membaca selepas solat. 


2) Doa amalan wanita

Doa Amalan Wanita

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Sayyidah Aisyah RA. 

Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, faedahnya ialah diperbaiki akhlak, diperkuatkan iman dan juga diangkat darjatnya kepada darjat para auliya serta dijadikannya sebagai wanita solehah🌹


3) Doa wanita ketika datang haid dan nifas

Doa ketika Haid dan Nifas

Seperti kita sedia maklum , wanita yang datang haid dan nifas tidak boleh menunaikan solat serta membaca Al-Quran. 

Doa ini boleh dibacakan terutama waktu solat. Anda yang melazimkannua ketika itu akan memperoleh ganjaran pahala umpama dirinya sedang menunaikan ibadah solat.

Terdapat banyak kelebihan jika seseorang wanita yang haid membaca doa tersebut pada hari pertama haidnya keluar.

Antara kelebihannya adalah dihapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu, dipermudahkan perjalanan darah haid, mendapat pahala beribadah sepanjang haid, meraih pahala 40 orang syahid, selamat daripada azab api neraka dan dipermudahkan melalui titian sirat.


4) Doa agar hati tenang

Doa Agar Hati Tenang


Cara untuk membawa ketenangan kepada hati adalah dengan mengamalkan zikir . In Shaa Allah ketenangan akan hadir apabila hati sentiasa ingat dan dekat dengan Allah❤️


5) Doa Ayat Seribu Dinar

Doa Ayat Seribu Dinar


Banyak kelebihan apabila anda mengamalkan ayat seribu dinar di dalam kehidupan harian anda. 

Antara kelebihannya adalah👇🏻

💕 Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka 
💕 Mendapat jalan keluat dari segala masalah dan kesulitan
💕 Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana
💕 Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan


Ayat seribu dinar ini boleh diamalkan pada waktu selepas solat 5 waktu,  baca ketika hendak tidur dan ketika hendak keluar rumah. Boleh baca sekurang-kurangnya 3 kali untuk setiap waktu☺️


Alhamdulillah syukur selesai sudah perkongsian Syafiqah bagi 5 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA 🌹

Dijemput juga baca entry blog sahabat seperjuangan Syafiqah Doa bagus untuk wanita 😁

Semoga doa-doa yang dikongsikan ini akan memberi manfaat dan meraih imbalan yang akan membentuk dividen pada kita di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin In Shaa Allah🤲🏻



Nurul Syafiqah
Ejen Sah Shaklee Selangor & Malaysia
ID : 1327384



#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #bloggingnextlevel #shakleeselangor #shakleeshahalam #shakleesubang #shakleepuchong #shakleecyberjaya #shakleeputrajaya #doawanita





Comments