Keperluan Wanita Mengandung

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera🤗

Apa khabar semua❓ Harapnya anda semua dalam keadaan sihat sejahtera🤲🏻 Alright, entry kali ini istimewa untuk para ibu mengandung 🤰🏻

Keperluan Wanita Mengandung tajuk entry kali ini😁 Agak-agak banyak ke keperluan untuk para ibu mengandung ❓🤔 Jom kita lihat sama-sama .


5 Keperluan Wanita Mengandung 



1)  Pemakanan yang Sihat

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah salah satu keperluan utama dan kepentingan bagi wanita yang mengandung. Ianya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin yang dikandung apabila cukup nutrisi yang wanita mengandung akan dapat melalui pemakanan yang berkhasiat dan berkualiti. Ibu hamil perlu memastikan pengambilan makanan seharian yang kaya dengan zat besi , kalsium , asid folik, protein dan vitamin yang penting untuk perkembangan otak , tulang dan organ bayi.☺️

Pemakanan sihat untuk ibu hamil


2) Rawatan Perubatan Berkala

Wanita yang mengandung perlulah menjalani pemeriksaan secara berkala bagi memantau perkembangan kehamilan dan kesihatan ibu dan bayi. Pemeriksaan seperti scan ultrabunyi serta ujian darah amat penting bagi memastikan perkembangan janin dalam keadaan baik serta mengenalpasti sebarang masalah kesihatan yang mungkin timbul. Tambahan pula, rawatan secara berkala juga dapat membantu para wanita mengandung mengesan dan mengawal sebarang konplikasi yang mungkin akan berlaku semasa mengandung.😁

Rawatan Perubatan Berkala


3) Rehat dan Aktiviti Sukan Ringan Khas Wanita yang Mengandung

Para wanita yang mengandung perlah memberi tubuh anda peluang untuk berehat dan juga melakukan aktiviti fizikal yang sesuai untuk ibu mengandung. Tambahan pula, rehat yang mencukupi untuk ibu mengandung penting kerana ia akan membantu tubuh ibu mengandung untuk pulih serta bertenaga dan bersedia mengahadapi cabaran semasa kehamilan. Aktiviti sukan ringan seperti senaman prenatal dan senaman kegel juga dapat membantu menguatkan otot-otot yang penting semasa kelahiran nanti. Walau bagaimanapun, ibu mengandung perlulah mendapat nasihat dan berbincang dengan doktor perubatan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal.💪🏻

Senaman untuk ibu hamil

4) Penjagaan Emosi dan Mental

Wanita yang mengandung perlulah memastikan untuk mendapat sokongan emosi yang mencukupi untuk menghadapi perubahan hormon dan tekanan emosi semasa mengandung. Hal ini perlu dititik beratkan oleh wanita mengandung kerana perubahan hormon yang besar boleh memberi impak kepada emosi dan mental ibu. Tambahan pula, sokongan keluarga dan rakan-rakan juga dapat membantu mengurangkan tekanan emosi dan memastikan keadaan mental yang positif semasa mengandung.🤗

Penjagaan emosi ibu hamil

5) Persediaan untuk Kelahiran

Akhir sekali, wanita mengandung perlulah menyediakan perancangan untuk kelahiran termasuklah pembelajaran tentang proses bersalin dan persiapan untuk kelahiran bayi. Ibu hamil perlulah memahami proses kelahiran iaitu dengan membaca bahan bacaan , menghadiri kelas bersalin serta merancang perancangan bagi proses kelahiran nanti. Hal ini juga termasuk dengan merancang tempat untuk bersalin, menyediakan beg hospital ibu dan bayi dan membuat rancangan sokongan semasa kelahiran nanti.☺️

Persediaan untuk bersalin


Kesimpulannya, keperluan wanita mengandung adalah kompleks dan memerlukan perhatian yang serius dari pihak ibu mengandung serta ahli keluarga yang lain. 5 keperluan wanita mengandung di atas adalah aspek yang penting dan perlu dititik beratkan bagi memastikan kehamilan yang sihat dan lancar. In Shaa Allah, jika ibu hamil memberi perhatian kepada keperluan ini, ibu hamil akan mengalami kehamilan yang positif , bermakna dan menyeronokkan.🥰

Anda dijemput juga baca entry blog sahabat perjuangan Syafiqah Keperluan wanita mengandung 🤗

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk semua ibu mengandung💕 Anda semua hebat dan kuat‼️Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu hamil di luar sana😁 


Nurul Syafiqah
Ejen Sah Shaklee Malaysia
ID : 1327384
No tel : 019-4332962



#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #bloggingnextlevel #shakleeselangor #shakleeshahalam #shakleesubang #shakleeputrajaya #shakleecyberjaya #ibuhamil #keperluanibuhamil #vitaminibuhamil



Comments

Post a Comment