Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua😄
Syafiqah doakan anda semua sentiasa dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan.
Entry kali ini agak santai dan menarik kerana Syafiqah sendiri suka untuk melakukan aktiviti ini❤
Kalau kita tanya kebanyakan orang di sekeliling kita , kebanyakannya suka akan melancong atau travel. Betul ke tidak ? Syafiqah sendiri akui bahawa Syafiqah suka akan travel. Bagi Syafiqah apabila kita travel kita akan belajar benda dan pengalaman yang baru. Ianya adalah sesuatu yang seronok dan berharga.😍
Siapa yang tidak suka travel ? Boleh naik kapal terbang, jalan-jalan dengan keluarga atau kawan-kawan, jalan-jalan lihat negeri atau negara orang, dapat belajar budaya serta bahasa yang berbeza daripada negara kita sendiri. Tetapi melancong bukanlah satu aktiviti yang murah dan jika ingin dijadikan hobi dan anda perlulah mempunyai ilmu yang secukupnya sebagai persediaan dan bekalan supaya tidak menghadapi masalah kelak.
Di sini, Syafiqah akan kongsikan 7 tips travel yang anda perlu tahu sebagai persediaan rapi untuk diri dan keluarga 👇🏻
1) Mengurus bajet perbelanjaan
Mengurus perbelanjaan adalah perkara utama yang perlu anda titik beratkan jika anda ingin pergi melancong tidak kiralah sama ada di dalam negara atau di luar negara. Wang adalah sebab utama para pelancong ingin melancong ke serata tempat yang menarik akan tetapi isu berkaitan dengan wang sering berlaku bagi mereka yang tidak dapat menguruskan perbelanjaan ketika melancong dengan baik.
Untuk mengelakkan hal sebegini berlaku, anda perlu merancang terlebih dahulu kos perbelanjaan atau bajet yang anda ingin keluarkan atau gunakan ketika melancong. Tambahan pula, anda perlulah mencatat barang-barang yang anda ingin beli ketika melancong agar tidak berlakunya pembaziran kelak.
2) Bijak mencari waktu percutian yang sesuai
Perkara yang perlu dititikberatkan ketika melancong sesebuah percutian adalah destinasi atau tempat yang ingin kita lawati. Anda perlulah memilih destinasi yang ingin dilawati di luar musim percutian.
Anda perlu sentiasa peka tentang tarikh yang dikeluarkan oleh agensi pelancongan di luar musim. Perkara ini untuk memastikan anda untuk mendapat tawaran hebat untuk tiket penerbangan.
3) Membawa pakaian yang diperlukan sahaja
Bagi mengelakkan anda membawa terlampau banyak bagasi ketika melancong, anda digalakkan untuk membawa pakaian yang diperlukan sahaja. Jadi anda boleh membawa pakaian yang diperlukan dan bersesuaian dengan aktiviti yang akan anda lakukan semasa melancong. Untuk lebih mudah, anda boleh membawa backpacker bag yang lebih mudah digalas dan dibawa ke mana sahaja.
4) Memuat turun aplikasi yang memudahkan perjalanan
Travel solo atau percutian backpackers merupakan satu trend yang popular pada masa kini. Jadi bagi anda yang gemar untuk bercuti secara solo atau berkumpulan , anda pasti inginkan perjalanan yang lancar dan tanpa sebarang masalah yang akan berlaku.
Jadi untuk memudahkan perjalanan anda ketika melancong , anda boleh memuat turun aplikasi yang dapat membantu anda ketika bercuti.
Antara aplikasi yang boleh diguna pakai semasa melancong ialah Google Maps dan Waze, di mana ia dapat membantu anda untuk mencari lokasi tempat yang ingin dituju. Selain itu, anda juga boleh menggunakan TripAdvisor bagi mengetahui tahap kepuasan sesuatu tempat pelancongan. Seterusnya, anda boleh menggunakan Google Translate atau Duoligo untuk membantu anda bercakap dengan orang tempatan semasa bercuti di luar negara.
5) Naik kenderaan awam atau berjalan kaki sebagai alternatif untuk bersiar-siar
Anda perlu ambil peluang percutian pada kali ini untuk lebih dekat dengan masyarakat tempatan dengan ikut serta di dalam aktiviti seharian mereka. Jadi untuk bersiar-siar ke tempat pelancongan menarik anda boleh pilih untuk menaiki kenderaan awam yang disediakan atau berjalan kaki selain daripada menempah perkhidmatan pemandu pelancong peribadi.
6) Simpan dokumen penting dalam satu fail
Dokumen penting seperti passport, visa dan tiket perlulah di masukkan ke dalam satu tempat seperti fail atau di dalam beg supaya mudah untuk dibawa dan dicari. Hal ini adalah untuk mengelakkan kes seperti kehilangan passport dan kelam-kabut terutamanya di lapangan terbang.
7) Berkongsi bilik
Melancong dengan keluarga atau rakan-rakan lebih seronok berbanding secara solo, jadi untuk tips yang terakhir adalah ialah berkongsi bilik.
Apabila anda pergi melancong, sudah semestinya anda ingin berjimat-cermat dari segi perbelanjaan. Jadi, dengan berkongsi bilik bersama keluarga atau rakan ia boleh menjimatkan sedikit pengeluaran wang.
Kesimpulannya ,Syafiqah kongsikan kepada anda 7 tips travel yang boleh digunakan dan dimanfaatkan. Semoga percutian anda bersama keluarga atau rakan-rakan dipermudahkan serta menyeronokkan.
Anda mahu baca lagi tentang tips travel boleh baca entry sahabat Syafiqah tips travel 😁
Terima kasih sudi membaca tips travel yang Syafiqah komgsikan sehingga habis. Selamat bercuti ‼️
Nurul Syafiqah
Shaklee Independent Distributor
Shaklee Selangor dan Malaysia
ID : 1327384
#bloggingnextlevel #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #shakleeselangor #shakleeshahalam
#shakleesubang #shakleepuchong #shakleecyberjaya #shakleeputrajaya #promoshaklee2023
Comments
Post a Comment