Petua hilangkan jeragat

Assalammuaikum dan selamat sejahtera semua☺️

Entry kali ini Syafiqah akan berkongsi petua untuk hilangkan jeragatπŸ‘©πŸ»‍🦰

Muka jeragat

Apa itu jeragat ❓

Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedakan kepada cahaya matahari. Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.


6 PETUA HILANGKAN JERAGAT

1) Menjaga kebersihan kulit wajah

Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka.

Jeragat ini berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam tempoh masa yang lama.

Dengan mencuci muka, ia dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita. Elakkan pencuci muka yang mengeringkan kulit muka kerana ini boleh mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat. 

Cuci muka


2) Aloe vera 

Kebaikan aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya πŸ‘‡πŸ»

🌱 Mencerahkan wajah

🌱 Melindungi dari sinar matahari

🌱 Mengecut dan menghilangkan jeragat

🌱 Mengatasi kulit kering dan berminyak

🌱 Memperbaiki sel-sel kulit mati

Cara-cara memakai aloe vera pada muka :

πŸ‘‰πŸ» Campurkan jel aloe vera dengan madu

πŸ‘‰πŸ» Biarkan selama 5-10 minit , lumurkan pada kulit muka. Selepas 20-30 minit boleh bilas dengan air suam.

πŸ‘‰πŸ» Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan.

Aloe vera

3) Lemon

Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu untuk membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat. 

Caranya ialah :

πŸ‘‰πŸ» Potong lemon (jangan terlalu nipis) 

πŸ‘‰πŸ» Gosokkan pada kulit muka 

πŸ‘‰πŸ» Biarkan 10 - 15 minit dan bilas

Lemon

4) Teh Hijau

Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat. Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangk pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.

Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama 5 minit.

Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.

Teh hijau


5) Oatmeal

Oatmeal juga boleh bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran terkumpul. Di samping itu, oatmeal juga menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori. 

Cara - caranya :

πŸ‘‰πŸ» Campurkan dua susu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat.

πŸ‘‰πŸ» Boleh juga menambah satu sudu cuka epal cider

πŸ‘‰πŸ» Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda

πŸ‘‰πŸ» Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya

Oatmeal


6) Diet pemakanan sihat

Akhir sekali, cara menghilangkan jeragat di muka anda adalah dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Seperti kita sedia maklum, minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat. Oleh itu, jika kita bijak menghadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah satu perkara yang bagus.

Kita juga digalakkan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air putih yang banyak dan cukup supaya dapat meningkatkan tahap kesihatan badan anda. Tambahan pula, jaga pemakanan boleh menyebabkan kulit menjadi sihat dan segar.

Jemput baca juga entry sahabat Syafiqah mengenai hilangkan jeragat πŸ˜

Anda nak tahu Shaklee juga ada Set Jeragat Shaklee. Anda mahu cuba Set Jeragat Shaklee, boleh hubungi Syafiqah 😁 Apa yang ada dalam Set Jeragat Shaklee ❓


Best Seller Set Jeragat

Basic untuk Set Jeragat

Set Kulit Jeragat

Testimoni Set Jeragat

Mahu cuba Set Jeragat Shaklee ❓ Boleh hubungi Syafiqah set jeragat πŸ˜

Terima kasih sudi baca entry Syafiqah kali iniπŸ€— Semoga dapat manfaat dan boleh dipraktikkan untuk membantu masalah jeragat anda. 


ID : 1327384

Nurul Syafiqah

Your Trusted Distributor Shaklee


#bloggingnextlevel #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #shakleeselangor #shakleeshahalam #shakleecyberjaya #shakleeputrajaya











Comments