Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua 🤗
Semua sihat ke? Alhamdulillah Syafiqah dan keluarga sihat semuanya. Masih tidak terlambat lagi Syafiqah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam✨
Dalam kita seronok menyambut Hari Raya Aidiladha , dengan sajian daging korban dijadikan menu utama, jangan lupa juga untuk makan secara beringat dan berpada-pada 🤗 Walaupun kita seronok menjamah makanan yang disajikan , jangan dilupakan kesihatan harus diutamakan.
In Shaa Allah entry Syafiqah akan kongsikan pada hari ini adalah Amalan Gaya Hidup Sihat💪🏻 Pasti ramai diantara kita masih tertanya-tanya apakah cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini kerana , kita sering dengar berita yang kurang enak berkenaan kesihatan rakyat Malaysia😟
Sebagai contoh, kes-kes penyakit kritikal yang semakin meningkat seperti sakit jantung, diabetes , kanser dan lain-lain penyakit yang berkaitan. Tambahan pula, negara Malaysia kini digelar negara yang mempunyai penduduk obesiti yang tinggi di antara negara Asia. Tambahan pula, empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di Malaysia ini mengalami obesiti atau berat badan yang berlebihan. Oleh itu, kita mestilah mengetahui amalan gaya hidup sihat agar diri kita terhindar daripada masalah kesihatan tersebut.
Terdapat pelbagai cara untuk kita sama-sama pratikkan dalam mengamalkan gaya hidup sihat . Jom kita lihat 9 Amalan Gaya Hidup Sihat yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 😁
1) Lakukan senaman
Kita digalakkan untuk melakukan senaman setiap hari. Aktiviti bersenam ini baik untuk kesihatan dan rohani. Untuk aktiviti senaman, cari aktiviti yang paling sesuai dengan diri anda, anda boleh menari, yoga, berlari, lompat tali atau bermain bola. Lakukan minima 3 kali seminggu dan 30 minit untuk setiap sesi.
2) Berhenti merokok
Bagi anda yang merokok, anda digalakkan untuk berhenti merokok demi menjaga kesihatan anda. Secara jelasnya, tabiat merokok ini boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Dengan menghindari merokok juga, anda dapat menggunakan wang tersebut untuk menabung dan bercuti atau melakukan aktiviti lain yang dapat memberi keseronokan.
3) Hadkan pengambilan alkohol
Bagi anda yang bukan beragama Islam, anda digalakkan untuk meletakkan had dalam pengambilan alkohol atau arak. Meminum alkohol ini juga akan mendatangkan implikasi teruk kepada mental serta fizikal.
4) Ambil makanan berkhasiat dan seimbang
Antara perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah mengambil makanan berkhasiat dan seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yabg disarankan oleh Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM).
5) Kekal berhubung
Anda digalakkan untuk kekal berhubung di antara sesama ahli keluarga atau sahabat handai. Elakkan untuk sentiasa bersendirian dan melayan perasaan seorang diri terlalu lama. Hal ini kerana, kesihatan emosi dan hubungan di antara sesama manusia juga penting untuk kesihatan mental dan jiwa.
6) Kekal hidrat
Anda perlulah sentiasa untuk kekal hidrat atau cukup minum air putih dalam sehari. Minum air suam atau air mineral yang secukupnya dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda boleh memastikan kandungan air dalam tubuh anda mencukupi mengikut berat badan anda. Kuantiti yang ideal adalah sebanyak 1 liter air bagi setiap 25 kilogram. Jadi, jika berat anda adalah 75 kilogram, anda perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
7) Kurangkan pengambilan gula tambahan
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan peningkatan berat badan , meningkatkan risiko penyakit kencing manis , penyakit jantung dan kanser. Tambahan pula, pengambilan gula yang berlebihan boleh memberi kesan kepada tindak balas sel darah putih untuk menyerang bakteria. Pengambilan gula dalam kehidupan seharian perlulah kita sentiasa berpada-pada dan sentiasa beringat.
8) Urus tekanan dengan bijak
Anda perlulah pandai menguruskan tekanan yang anda dengan baik dan bijak. Tekanan ini boleh mempercepatkan proses penuaan. Seseorang yang mengalami tekanan perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita serta akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri.
9) Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup adalah antara 7-8 jam. Ia dapat mengurangkan peratusab serangan sakit jantung. Pastikan anda dapat tidur yang benar-benar berkualiti. Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Meskipun ia dilihat sebagai satu perkara yang mudah dilakukan, ia juga menjadi masalah bagi segelintir manusia. Percaya atau tidak, akibat kurang tidur akan mendedahkan anda kepada banyak risiko penyakit.
Terima kasih sudi membaca entry Syafiqah sehingga habis. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua. In Shaa Allah. 😁
ID : 1327384
Nurul Syafiqah
Your Shaklee Independent Distributor
#bloggingnextlevel #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #shakleeselangor #shakleeshahalam #shakleecyberjaya #shakleeputrajaya
Comments
Post a Comment