Bismillahirrahmanirrahim بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera 😁
Kali ini entry Syafiqah santai-santai sahaja. Syafiqah mahu berkongsi mengenai Bersangka baik dengan Allah atau Pencipta kita.
Kita adalah manusia yang menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran, dugaan dan rintangan. Kita sebagai umat Islam dituntut untuk sentiasa berfikiran positif dan tidak berputus asa serta jauhi prasangka buruk dan berfikiran negatif.
Kadang kala kita mungkin berasa sukar untuk kekal positif serta bersangka baik tetapi yakinlah bahawa apa yang terjadi dan berlaku pasti ada hikmahNya. ❤️
Melalui hadis di atas, sudah jelas bahawa kita sangat perlu untuk bersangka baik dengan Allah kerana Allah mengikut kepada sangkaan hambaNya. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah☺️ Sesungguhnya bersangka baik itu merupakan satu pengharapan dan doa🤲🏻
Kita bersangka baik bahawa Allah akan sentiasa membantu dan ada dengan kita. Sesungguhnya Allah mendengar sangkaan kita dan Allah akan memakbulkan sangkaan kita.
Percayalah setiap takdir yang berlaku pada kita adalah yang terbaik dari Maha Pencipta. Apabila diuji maka ia sabar dan sabar menunggu jalan keluar dan mengharapkan ganjaran dari Allah. Apabila dikurniakan nikmat pula sama ada ia berupa nikmat dunia dan agama, kita bersyukur iaitu dengan taat kepada Allah maka ia juga baiknya. Hal ini yang dipanggil seseorang yang mempunyai sifat optimis iaitu sentiasa mempunyai harapan yang baik dan berfikiran positif dalam menghadapi sesuatu perkara.
Akhir kata, bersangka baik kepada Allah SWT dinilai sebagai satu ibadah yang akan mendapat ganjaran pahala. Agama Islam merupakan agama yang mempermudahkan untuk umatnya mendapatkan pahala dari Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, bahwa, "Sesungguhnya berprasangka baik pada Allah adalah termasuk sebaik-baiknya ibadah." (Hadis Riwayat Abu Daud).
Anda mahu baca entry lagi ? Jemput baca entry sahabat Syafiqah pula klik sini 🤗
#shakleeselangor #shakleeshahalam #boggingnextlevel #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023
Comments
Post a Comment