Hari Raya Open House

Assalammualaikum semua🥰 Mood raya masih ada untuk minggu yang terakhir ini. Mesti ramai yang pakat pulun nak buat open house dan juga memenuhi jemputan open house pada minggu terakhir ini kan? Semoga dipermudahkan semuanya😁

Entry kali ini Syafiqah mahu berkongsi bagaimana Hari Raya Open House gaya Syafiqah ☺️ Hehehehe🤭 Alhamdulillah syukur masih diberi peluang untuk sambut beraya bersama keluarga pada kedua-dua belah pihak keluarga.

Keluarga Syafiqah di Perak

Pada hari raya pertama, beraya di kg halaman Syafiqah di Perak. Haaa apa menu raya yang paling terkenal di Perak ? Siapa tahu? Meh angkat tangan sikit 🤚🏻 

Jeng jeng jeng menu wajib hari raya di Perak adalah Rendang Tok🥰 Fuhhh sedapppp sehingga boleh menambah-nambah nasi dan lemang apabila makan bersama Rendang Tok👍🏻

Rendang Tok Perak


Pada hari raya pertama, sudah menjadi adat akan ada sesi bersalam-salaman bersama ahli keluarga terlebih dahulu selepas kami selesai sembahyang raya. Selepas sesi bersalam-salaman kami akan ada sesi ziarah - menziarahi ke rumah saudara mara yang terdekat. Sesi ziarah ini kebiasaannya dari pagi hingga ke malam . Alhamdulillah dapat jumpa saudara mara yang jarang dapat berjumpa dan dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama ahli keluarga☺️

Sebahagian keluarga di Perak

Hari Raya Open House bersama keluarga Syafiqah dapat menghadiri sampai Raya Kedua sahaja . Alhamdulillah Raya ketiga kami dah balik ke sarang dan tiba-tiba anak Syafiqah Amirrul Hayyan dijangkiti Chicken Pox , maka kami berkurung di dalam rumah sahaja. Beberapa hari selepas itu, suami Syafiqah pula berjangkit Chicken Pox. Nak dijadikan cerita , hampir 2 minggu kami berkuarantin di dalam rumah dan tidak dapat menghadiri mana-mana open house yang dijemput😁

Sepanjang anak dan suami terkena Chicken pox , apa yang Syafiqah bantu untuk kurangkan kegatalan dan parut mereka adalah dengan mandi Basic H, sapu krim Herbal Blend, minum meal shake, ambil Hero Kiddo dan Omega Guard serta Vitamin C. 

Krim Serbaguna Herbal Blend

Basic H

Hero Kiddo

Meal Shake

Vitamin C

Omega Guard


Alhamdulillah syukur , suami dan anak Syafiqah demam cepat kebah serta parut dan gatal makin berkurangan apabila konsisten vitamin di atas.☺️

Pada minggu lepas , kami baru nak beraya ke open house kawan- kawan dan keluarga yang berdekatan selepas 2 minggu hanya beraya di rumah. Terima kasih kawan- kawan yang menjemput kami ke open house . Makanan semua sedap 👍🏻 Kami beraya dari tengahari sampai ke malam. Alhamdulillah. 

Open House di Sentul 

Open House di Shah Alam

Open House di Ara Damansara


Jemput baca juga entry sahabat Syafiqah mengenai Hari Raya beliau 👉🏻 Hari Raya Open House 🤗

Semoga raya kali ini memberi makna pada kita semua😊 In Shaa Allah dan semoga kita dapat berjumpa lagi Ramadan dan Syawal tahun hadapan❤️


Nurul Syafiqah , SID Sah Shaklee Malaysia
Your Trusted SID
019-4332962


#nextlevelblogging #shakleeselangor #shakleeshahalam #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 



Comments