Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua😁
Ma Syaa Allah pejam celik kita sudah berada pada 17 Ramadan. Sekejap saja masa berlalu. Sedih pula apabila Ramadan akan pergi meninggalkan kita.🥹
Bahang Syawal pula semakin terasa🤗 Dalam kemeriahan menyediakan persiapan Syawal diri dan keluarga, jangan lupa juga kesihatan diri dan keluarga. Jaga kesihatan serta jaga pemakanan kita. Apabila kita jaga pemakanan , In Shaa Allah kita juga akan dapat akal yang sihat. Seperti tertulis dalam hadis : Akal yang sihat itu terletak pada badan yang sihat.
Jadi, entry yang Syafiqah akan kongsikan pada hari ini adalah mengenai Vitamin Kulit☺️ Haa apa itu Vitamin Kulit? Vitamin untuk kita dapatkan kulit yang sihat dan cantik . Mesti rata-rata wanita mahukan dapat kulit yang sihat dan cantik kan? Syafiqah juga mahu tau🤭
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Fitrah wanita memang sukakan kecantikan diri dan dapat melihat dirinya cantik dan dipuji kecantikannya menyebabkan mereka suka berhias. Kerana itu Islam mengharuskan berhias kerana meraikan fitrah wanita.
Oleh itu, wanita suka untuk dapatkan kulit yang cantik. Terdapat segolongan wanita yang sanggup berbelanja untuk dapatkan kulit cantik. Definisi kulit cantik ini berbeza pada mata-mata yang melihat dan menilai.
Ada yang berpendapat , definisi kulit cantik ini adalah kulit yang cerah, bebas jerawat, tona kulit yang sekata , kulit lembap dan tidak kering serta nampak glowing walaupun tidak memakai mekap di muka.
Walau apa jua yang dimaksudkan dengan kulit cantik, semuanya adalah betul kerana kecantikan seseorang terletak pada mata yang melihat🥰
In Shaa Allah Syawal akan tiba lebih kurang 2 minggu lagi, persiapan baju raya sudah pun ada, kuih raya dan kerepek juga sudah beli, jadi jom kita dapatkan kulit cantik pula🤗
Jom Syafiqah kongsikan pada anda tips untuk penjagaan kulit muka untuk nampak lebih muda dan sihat😁
9 tips penjagaan kulit muka
1) Kenali jenis kulit muka
Kita harus ketahui dulu kulit kita jenis apa. Kulit kita jenis berminyak ke ? Kering ke ? Atau kulit sensitif atau normal. Hal ini sangat penting. Apabila kita sudah tahu jenis kulit kita, barulah kita tahu produk apa yang sesuai untuk digunakan.
2) Perlu pakai pelembap muka / moisturizer
Ini antara step yang penting dalam penjagaan muka. Semua jenis kulit perlu memakai pelembap muka atau moisturizer. Ramai yang fikir apabila jenis kulit berminyak tidak perlu memakai moisturizer. Atas alasan sudah ada minyak semula jadi yang ada pada kulit sudah mencukupi.
Sebenarnya tanggapan ini adalah salah dan ia tidak mencukupi lagi. Kita perlu guna moisturizer untuk seimbangkan minyak pada kulit itu. Jika ada yang berkata, penggunaan moisturizer itu akan membuat kulit lagi berminyak, itu adalah salah. Malah penggunaan moisturizer akan membantu untuk seimbangkan minyak pada kulit muka kita.
3) Pilih pencuci muka / cleanser yang bagus
Cleanser yang bagus ialah yang mengandungi bahan yang memang elok untuk kulit kita. Cari cleanser yang mengandungi bahan yang sesuai dengan jenis kulit kita.
Selain itu, cleanser yang bagus adalah cleanser yang rendah nilai pH NYA. Antara pH 4-6 sahaja. Kenapa kita tidak boleh gunakan cleanser yang nilai pH lebih dari 6? Hal ini kerana, lebih tinggi nilai pH, cleanser itu lebih berasid.
Apabila kita menggunakan cleanser yang lebih berasid, kulit kita akan terjejas dan mudah untuk timbul jerawat.
4) Minum air masak yang mencukupi
Ini adalah tips yang paling mudah untuk kita buat ! Kita hanya perlu minum air masak banyak-banyak dan mencukupi. Untuk pengetahuan, air masak ini boleh bersihkan toksin dalam badan kita. Jika mahu cantik luaran, dalaman pun kema cantik juga. Barulah seimbang🥰
5) Kurangkan pengambilan gula
Para saintis menyimpulkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti dan kencing manis malah ia boleh memberi kesan kepada kulit muka kita seperti jerawat dan kulit kusam.
Hal ini kerana, keindahan dan keanjalan kulit secara langsung adalah bergantung kepada cecair yang diterima oleh badan kita. Pengambilan gula yang berlebihan akan membuatkan kulit menjadi kering dan mudah untuk garis halus muncul di kulit wajah kita.
6) Makan sayur-sayuran dan buah-buahan
Selain kita menjaga kecukupan minum air kosong, makan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kuantiti yang mencukupi juga bagus untuk kulit kita.
Hal ini kerana sayur dan buah mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh kulit kita. Tahukah anda, rahsia cantik yang sebenar datang dari pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi. Jadi, pengambilan sayur dan buah sangat penting.
7) Perlu pakai sunblock
Penggunaan sunblock dalam rutin harian sangat penting untuk kulit wajah walaupun kita hanya duduk di rumah. Sunblock merupakan produk paling bagus untuk anti-penuaan.
Antara sebab kenapa kita perlu menggunakan sunblock :
⭐️ Hindari kulit kusam, tidak bermaya dan gelap ataupun sunburn
⭐️ Hindari kulit muka kita berkedut seawal umur 30 tahun
⭐️ Hindari pertumbuhan jerawat
⭐️ Hindari penyakit kanser kulit
8) Menggunakan air suam ketika mencuci muka
Bagi mendapatkan kulit yang cantik, kita perlulah membasuh muka menggunakan air suam. Tujuannya adalah untuk membuka pori kulit muka supaya kotoran yang tersumbat atau melekat di dalam liang pori dapat dibersihkan dengan baik semasa kita mencuci muka.
9) Dapatkan tidur yang mencukupi
Nak cantik , perlu dapatkan tidur yang mencukupi. Jika anda kurang tidur, muka anda akan menjadi sembap, hilang seri, kusam dan tidak bermaya.
Tidur yang secukupnya sememangnya amat penting jika anda mahukan kulit yang cantik , berseri dan sihat.
Ok ini antara tips penjagaan kulit muka yang Syafiqah boleh kongsikan. 🤗
Syafiqah juga mahu beritahu satu berita gembira kepada anda semua bahawa Vitamin Kulit Shaklee sedang ada promosi kaw kaw tau‼️Sebelum ini , set ini kami panggil Set Cantik Shaklee.
Haa Promo ini dipanggil Promo Set Rahmah Shaklee iaitu Vitamin Kulit Cantik😁 Kenapa set rahmah ? Hal ini kerana harga yang ditawarkan sangat murah dan tidak masuk akal.
Untuk Set A : 1 tong ESP + 1 botol Vitamin C = RM 99
✅ Free membership
Untuk Set B : 2 tong ESP + 2 botol Vitamin C = RM 188
✅ Free membership ✅ Free postage
Untuk makluman anda, harga asal 1 tong ESP ini adalah RM 173 dan harga 1 botol Vitamin C pula adalah RM 115. Jadi untuk promo Shaklee bulan April ini dan sempena nak sambut Syawal , Set A hanya RM 99 sahaja. Bayangkan betapa murah dan jimatnya jika anda grab promo rahmah ini.
Bukan sahaja dapat kulit yang cantik dan sihat malah dapat pelbagai khasiat lagi di dalam ESP dan Vitamin C☺️
Alhamdulillah Syafiqah sendiri sudah consume Set Vitamin Kulit Cantik ini dari 2018. Alhamdulillah sangat membantu dari segi kulit muka, kesihatan dan berat badan. 🥰
Manfaat utama Sustaine Release Vitamin C Shaklee
🍊Meransang pembentukan kolagen
Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi , rangka dan tulang rawan. Oleh itu, Vitamin C Shaklee membantu meransang pembentukan kolagen dalam tubuh badan kita. Ia mampu menjadikan kulit wajah lebih anjal dan halus.
🍊Mencantikkan kulit
Apabila kita konsisten ambil Vitamin C setiap hari, In Shaa Allah kulit akan lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen ini boleh menyebabkan munculnya jeragat.
🍊Peningkatan sistem imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman dan mengukuhkan sistem imun. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.
🍊Melindungi sel kulit muka daripada rosak
Vitamin C antara vitamin yang penting dalam membantu melindungi ketahanan sel kulit daripada terdedah dengan sinaran matahari yang mampu merosakkan kulit
🍊Mempercepatkan penyembukan luka
Apabila keperluan Vitamin C sudah cukup untuk badan kita, ia akan membantu memperbaiki sel-sel kulit yang luka dengan cepat.
Antara 7 sebab dan keistimewaan kenapa Syafiqah setia dan pilih Vitamin C Shaklee🥰
Manfaat utama Energizing Soy Protein (ESP)
🥛Awet muda
ESP mengandungi asid amino. Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah , organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap ESP adalah kunci kepada awet muda.
🥛Kulit remaja
ESP meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan , mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
🥛Membekalkan tenaga
ESP membantu membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia juga membantu untuk kekal bertenaga serta mencegah migrain dan insomnia.
🥛Membaiki pigmentasi
ESP membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi , kedutan dan kesan tua.
Yang bestnya ESP ini ada Niacinamide tau‼️ Kebiasaannya niacinamide ada dalam skincare kan ☺️
Alhamdulillah dan In Shaa Allah 2 Vitamin Kulit Cantik ini akan membantu anda untuk dapatkan kulit cantik, sihat, cerah dan berseri apabila raya nanti🥰
Jemput baca juga entry sahabat Syafiqah mengenai vitamin kulit cantik dengan harga rahmah kulit cantik ❤️
Antara pengguna Shaklee yang terkejut dengan harga rahmah yang Shaklee tawarkan pada bulan ini. Ramai yang tidak mahu lepaskan peluang untuk grab promo set rahmah ini.
Comments
Post a Comment