Berbaki kurang dari seminggu sahaja lagi kita akan memasuki bulan baru iaitu bulan Syawal . Semoga kita akan bertemu lagi Ramadan pada tahun hadapan. In Shaa Allah.
Kebiasaannya , pada bulan Ramadan yang mulia ini ramai yang berazam untuk turunkan berat badan dan kurus sebelum menjelang hari raya nanti kan❓Jadi macam mana❓Anda sudah berjaya untuk turunkan berat badan semasa bulan Ramadan ini❓🤔
Pejam celik kita sudah pun sampai pada minggu akhir bulan Ramadan🥹 Adakah azam kita nak kurus sebelum raya sudah tercapai? 🤗
Syafiqah nak kongsikan satu berita atau maklumat mengenai berat badan berlebihan atau obesiti. Anda tahu ke tidak , Malaysia adalah negara paling tinggi obesiti di Asia Tenggara❓😱
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kadar obesiti negara ini adalah tertinggi di Asia Tenggara sebanyak 15.6 %. KKM memberitahu jumlah itu mengatasi negara Brunei yang mencatatkan 14.1% dan diikuti Thailand 10% dan Indonesia sebanyak 6.9 %.
Antara 3 risiko yang akan dihadapi oleh orang obesiti :
1) Diabetes (Penyakit kencing manis)
Obesiti boleh menyebabkan peningkatan kadar asid lemak dan keradangan yang menyebabkan ketahanan atau kerintangan insulin.
Hal ini boleh menyebabkan diabetes jenis 2 berlaku. Diabetes jenis 2 ini ialah diabetes yang paling biasa berlaku dan ia menyumbang kira-kira 90% kes diabetes di seluruh dunia.
2) Strok
Berat badan berlebihan juga menyebabkan hipertensi yang merupakan salah satu penyebab utama strok. Kesan lain akibat daripada obesiti ialah metabolisme tubuh berubah dengan cara yang membawa kepada lipid yang berlebihan, kolestrol yang tinggi serta glukosa darah tinggi.
Akibatnya, kesemua ini boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan pembentukan gumpalan darah yang menjadi penyebab strok di jantung dan otak.
3) Tekanan darah tinggi
Apabila mempunyai berat badan yang berlebihan, jantung anda akan bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh tubuh badan. Dalam masa yang sama, proses mengepam darah ini akan memberikan tekanan yang kuat pada saluran darah.
Saluran darah anda pula tidak mampu mengalirkan darah dengan tekanan yang kuat ini. Ini yang akan mengakibatkan tekanan darah meningkat.
Jadi, entry kali ini Syafiqah mahu kongsikan beberapa tips untuk kurus dengan cepat💪🏻 Jom sama-sama kita buat ya😁
6 Tips mudah untuk kurus dengan cepat dan berkesan
1) Kawal pemakanan
Pastikan anda berhenti makan sebelum rasa kenyang atau terlalu kenyang. Tahukan anda, bahawa setiap lebihan makanan/kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda.
2) Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein
Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalan kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya akan memberi anda kenyang buat sementara sahaja dan kemudian anda akan rasa lapar semula.
Protein pula lebih cepat kenyang dan tahan lama. Jika anda kurangkan karbohidrat dalam pemakanan, badan anda akan membakar lemak sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dengan cepat‼️
Comments
Post a Comment