Idea Menu Sahur Sihat

Assalammualaikum dan Hai semua😁 

Macam mana puasa kali ini❓ Masih bertenaga 💪🏻 Salam Ramadhan yang ke 8🌙 Ma syaa Allah pejam celik kita sudah sampai Ramadhan yang ke 8. Alhamdulillah syukur masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. 

Seperti yang kita sedia maklum, berpuasa adalah menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat. Disebabkan itu, antara perkara penting pada bulan Ramadhan adalah SAHUR ‼️ Sahur sahur 📣📣

Penting ke kita perlu bangun sahur❓Sangat penting ‼️ Ianya sebab adalah amalan yang sangat dituntut Rasulullah SAW meskipun tidak diwajibkan. Amalan bersahur amat digalakkan bagi mereka yang berpuasa kerana ia adalah sunnah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Disebabkan itu, antara perkara yang sangat penting pada bulan Ramadhan adalah idea menu sahur yang sihat‼️ Ketika bersahur, kita perlu pastikan yang kita mendapat nutrien yang cukup untuk menjalani ibadah puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.🌞

Pemilihan makanan sewaktu sahur adalah sangat penting. Oleh itu, penting untuk kita mencari idea menu sahur yang sihat dan seimbang  dengan campuran karbohidrat kompleks, protein serta lemak sihat. Apabila semua nutrien ini sudah ada dalam menu sahur kita, barulah kita akan rasa lebih bertenaga dan kurang lapar.😁


Syafiqah akan kongsikan 5 idea menu sahur sihat yang anda boleh cuba☺️

1) Fritata putih telur

Fritata putih telur


Resepi fritata putih telur ini memang sesuai untuk dimakan pada waktu sahur kerana putih telur kaya dengan protein serta ia boleh membantu kita untuk kenyang lebih lama. Tambahan pula, resepi ini sangat sihat kerana mengandungi serat seperti kacang peas, lobak merah dan kubis.😁

2) Salad tauhu

Salad tauhu


Resepi salad tauhu ini sesuai untuk anda yang mengejar masa kerana cara pembuatannya mudah dan cepat. Anda hanya perlu menggoreng tauhu dan cincang sayur sahaja.   Tauhu juga tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Pada masa yang sama, tauhu kaya dengan protein bagi mengurangkan rasa lapar sepanjang hari.👍🏻


3) Kentang oregano

Kentang oregano


Resepi Kentang Oregano ini sangat mudah untuk disediakan pada waktu sahur. Anda hanya perlu merebus kentang dan menggorengnya bersama sayur-sayuran. Hidangan ini juga menyihatkan kerana kaya dengan sayur-sayuran seperti brokoli dan lobak merah. Sumber protein seperti kacang merah juga ada. Memang memuaskan‼️


4) Salad buah-buahan

Salad buah-buahan

Antara menu sahur yang mudah dan cepat. Hanya perlu sayur salad dan buah-buahan. Anda digalakkan untuk potong buah-buah segar seperti epal, anggur , kiwi dan pisang terlebih dahulu dan simpankan di dalam peti ais untuk beberapa jam sebelum dihidangkan. Boleh juga dicampurkan dengan yogurt dan kacang granola. Tambahan pula, buah-buahan yang tinggi serat seperti pisang adalah satu alternatif yang baik untuk membantu kita rasa kenyang lebih lama. Jadi tidak salah jika buah-buahan dan salad dijadikan sebagai pilihan menu sahur yang sihat.👍🏻

5) Overnight oat

Overnight oat


Overnight oat adalah menu sahur yang sesuai untuk dijadikan sahur pada bulan Ramadhan. Kenapa oat❓ Makan oat ini lebih kenyang daripada makan nasi. Sesuai untuk sesiapa yang tiada selera nak makan nasi ketika sahur. Tambahan pula, ia lebih sihat, bagus untuk jantung , dapat membantu kurangkan berat badan serta kolestrol. Justeru, oat sangat sesuai untuk anda yang tidak mahu makan berat tapi mahu kenyang lebih lama😁


Yayy ‼️ Menu sahur di atas memang best serta sihat dan dapat membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari👍🏻 Oats, yogurt, telur , kacang semuanya adalah sumber protein yang terbaik untuk tubuh badan anda. Dan jangan lupa juga pastikan anda minum air secukupnya semasa sahur dan pada malam hari untuk membantu badan kita kekal terhidrat.

Owh ya mahu lebih mudah, cepat , sihat serta kenyang lebih lama boleh ambil Set Puasa Shaklee . Anda hanya perlu shake shake dan minum. Mudah dan cepat. In Shaa Allah jimat masa kita sekeluarga sewaktu bersahur. Dapat laa kita menunaikan solat-solat sunat selepas sahur😍 
Tambahan pula, PROMO SET PUASA SHAKLEE masih berbaki 1 hari lagi‼️ Jom grab sebelum terlambat😁

Mahu grab Promo Set Puasa Shaklee , boleh tekan link di bawah👇🏻Konsultasi percuma☺️




#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleeselangor #shakleeshahalam #shakleepuchong #shakleesubang #shakleecyberjaya #shakleeputrajaya #setpuasashaklee #kenyanglebihlama #menusahursihat #elakgastrik









Comments