7 Sebab Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik di Malaysia


Assalammualaikum dan Hai semua😁

Alhamdulillah tahun ini tahun ke 5 Syafiqah setia bersama Shaklee. Sebelum ini Syafiqah pernah cuba beberapa produk suplemen dari jenama lain , tapi tidak mampu bertahan lama kerana kesannya tidak tahan lama. Jadi, suatu hari Syafiqah terjumpa Shaklee untuk merawat gastrik Syafiqah. Produk pertama Syafiqah cuba ialah ESP (Energizing Soy Protein). Alhamdulillah konsisten beberapa bulan gastrik Syafiqah sudah tiada. Dari situ, Syafiqah terus jatuh cinta dengan Shaklee dan sehingga hari ini masih setia bersama Shaklee. ❤️

Rata-rata rakyat Malaysia sudah kenal dengan Shaklee produk suplemen Malaysia. Okay hari ini Syafiqah mahu kongsikan kenapa Shaklee Suplemen terbaik di Malaysia. 


Untuk makluman, pengasas syarikat Shaklee adalah Dr Forrest C. Shaklee yang menubuhkan syarikat Shaklee pada tahun 1915 dengan mencipta multivitamin dan mineral pertama di dunia iaitu Vita-Lea Iron plus.

Pengasas Shaklee

Multivitamin Pertama Dunia

Vita-lea Iron dulu dan sekarang


7 Sebab Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik di Malaysia

1) Produk Shaklee Selamat

Shaklee memastikan semua produknya dijamin selamat tanpa syarat. Produk Shaklee juga dari sumber bahan semula jadi yang terbaik. Justeru, para saintis telah menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan botani yang digunakan untuk menghasilkan suplemen Shaklee agar tidak tercemar dengan bahan kimia, racun serangga , baja kimia dan segala jenis pencemaran di air dan segala-galanya. Setiap produk Shaklee adalah 100% selamat untuk digunakan. In Shaa Allah😁


Produk Shaklee Selamat

2) Produk Shaklee Terbukti

Shaklee sudah menerbitkan lebih 100 artikel jurnal antarabangsa tentang kajian ke atas suplemen Shaklee. Tambahan pula, produk Shaklee disokong lebih daripada 100 paten dan sedang dipatenkan serta Shaklee juga mempunyai lebih daripada 135 kajian klinkal, kertas saintifik dan pembentangan termasuklah kajian Landmark dan kajian Telemore. Justeru, kajian Landmark dan kajian Telemore dapat menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum. 💪🏻


3) Produk Shaklee Berkesan

Alhamdulillah Shaklee bukan sahaja terbukti melalui ujian klinikal serta kajian Landmark malah suplemen Shaklee juga diamalkan oleh para atlet yang bertaraf dunia yang telah memenangi pingat emas di Olimpik  dan juga angkasawan NASA. Seperti yang kita sedia maklum, mereka ini adalah golongan yang sensitif dengan produk apa yang mereka makan. Tapi syukur dengan mengamalkan suplemen Shaklee , mereka bukan sekadar selamat malah terbukti serta berkesan dalam bidang mereka masing- masing.

Angkasawan NASA

Para Atlet Olimpik

Tambahan pula, ramai juga yang berkongsi testimoni atau Shaklee effect mereka sebelum dan selepas mengamalkan suplemen Shaklee , tidak ketinggalan juga testimoni dari Set Kurus Shaklee yang berjaya dapat berat badan ideal mereka menerusi produk Shaklee.💪🏻


4) Kajian Landmark

Di dalam Shaklee terdapat kajian Landmark yang diketuai oleh seorang penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block dengan University of California, Berkeley, dan ia merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. 

Dr Gladys Block

Tambahan pula, kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil suplemen Shaklee mempunyai banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.

Kajian kesihatan pengguna Shaklee


5) Kajian Telemore

Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee , Dr Elizabeth Blackburn iaitu Pemenang Anugerah Nobel dalam Perubatan yang dianggap individu yang sangat penting dalam Sains Telemore. Beliau pernah berkata :

" Menggunakan makanan tambahan Shaklee untuk jangka masa panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telemore sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat"


Apakah maksud telemore sebenarnya? Telemore adalah penutup perlindungan dihujung kedua belah kromosom dalam sel. Fungsi utama telemore adalah untuk melindungi sel dan DNA daripada rosak. Apabila telemore semakin pendek kita mudah diserang penyakit kronik. Salah satu sebab telemore akan menjadi pendek adalah akibat daripada penuaan dan serangan radikal bebas. Semakin kita berusia, semakin pendek telemore kita. Bila telemore pendek ia akan menyebabkan sel akan mati dan terus rosak, maka kita mudah diserang penyakit kronik. Jadi, pentingnya ada kajian telemore dalam suplemen Shaklee👍🏻

Dr Elizabeth Blackburn

Kajian Telemore


6) Trusted Brand Malaysia kategori Suplemen Vitamin / Kesihatan

Tahniah Shaklee !! Alhamdulillah Shaklee disenaraikan sebagai Trusted Brand Award Gold Medal yang dibuat oleh Readers Digest yang diundi oleh para pengguna🥰

Maksudnya ramai pengguna dalam Malaysia memilih Shaklee sebagai jenama suplemen terbaik👍🏻 Tambahan pula, Shaklee masuk juga dalam majalah Reader Digest. Seperti yang kita tahu, majalah Reader Digest adalah majalah yang dibaca oleh seluruh dunia. Maka, seluruh dunia approved suplemen Shaklee, bukan hanya di Malaysia sahaja. Ma Syaa Allah Alhamdulillah Syafiqah bangga menjadi salah seorang pengguna Shaklee🤭

Majalah Reader Digest

Trusted Brand Award


7) Dijamin HALAL dan mempunyai kelulusan KKM

Sebagai umat Islam, pentingnya status HALAL ini kerana ia akan memasuki ke dalam badan kita. Produk Shaklee mempunyai sijil halal dan badan pemantauan halalnya disahkan oleh JAKIM. Alhamdulillah😁

Untuk pengetahuan semua, Shaklee bukanlah produk dari Malaysia. Shaklee dihasilkan dari USA dan kilangnya di USA serta bahan mentah juga dari USA dan kemudian dieksport ke Malaysia. Kesemua produk Shaklee dijual di Malaysia telah mendapat sijil HALAL dari Islamic Services of America (ISA).

Sijil Halal Shaklee

Produk Shaklee bukan sahaja HALAL malah ia juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada setiap botol suplemen Shaklee ada juga tertera nombor kelulusan KKM.👍🏻

Kelulusan KKM

Ini adalah antara 7 sebab rakyat Malaysia serta Syafiqah sekeluarga mempercayai suplemen Shaklee. Alhamdulillah Syafiqah sekeluarga sudah setia bersama Shaklee sejak 2018 hingga sekarang🥰 Syukur kesihatan kami bertambah baik dari sebelum ini. 

Jemput baca juga blog sahabat Syafiqah Supplements Terbaik 

Anda sedang mencari suplemen terbaik di Malaysia untuk diri dan keluarga? Jom pilih suplemen Shaklee dan anda juga akan dapat konsultasi percuma dari Syafiqah👍🏻 In Shaa Allah Syafiqah akan memberi cadangan suplemen mengikut kesihatan dan bajet anda😉

Jom sama-sama sihat bersama Shaklee !! Jom whatsapp Syafiqah di sini👉🏻 Shaklee Suplemen Terbaik☺️

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleemalaysia #shakleeselangor #shakleeshahalam #shakleesubang #shakleepuchong #shakleecyberjaya #shakleeputrajaya



Comments