9 sebab komuniti bisnes Shaklee sangat best

 Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera😁

Alhamdulillah syukur dipertemukan jodoh dengan Shaklee pada   tahun 2019. Syafiqah bermula fokus bisnes Shaklee pada bulan Julai 2019 dan sedang hamil 7 bulan. Masa itu Syafiqah hanya mahu cari duit tambahan sahaja.

Tambahan pula, Syafiqah nampak komuniti bisnes Shaklee ini sangat best. Haa apa yang best sangatkan komuniti bisnes Shaklee kan? Meh Syafiqah share 9 sebab komuniti Shaklee sangat best🥰

1) Upline yang positif dan mengambil berat

Alhamdulillah Syafiqah dapat upline yang sentiasa memberi kata-kata positif apabila diri rasa buntu dan down. Beliau juga ambil berat mengenai Syafiqah serta keluarga. Alhamdulillah sudah hampir 4 tahun Syafiqah bersama-sama Kak Tipah dalam bisnes Shaklee.


2) Reward dari Upline

Alhamdulillah syukur Syafiqah pernah dapat reward dari upline kerana dapat capai target pada bulan tersebut. Antara reward yang Syafiqah pernah dapat adalah Softener Shaklee, Standlight  serta suplemen Shaklee yang lain. Dalam bisnes Shaklee , apabila kita capai sesuatu kejayaan , upline atau syarikat akan beri penghargaan atas kejayaan tersebut. Rasa dihargai dan disayangi apabila berada dalam komuniti Shaklee.




3) Circle yang hebat 

Syafiqah jumpa ramai sideline dan upline yang hebat dalam Shaklee. Hanya bekerja dari rumah mereka boleh capai income 4-5 angka sebulan. Mereka adalah antara pembakar semangat untuk Syafiqah buat betul-betul dalam bisnes Shaklee ini. Dan ada juga yang sudah ada pekerjaan tetap di luar, masih konsisten dan setia untuk bersama Shaklee.


4) Kelas dan ilmu yang percuma

Dalam komuniti bisnes Shaklee ini, tidak pernah lokek dan kedekut dengan ilmu. In shaa Allah, hari-hari ada sahaja kelas yang boleh kita hadir untuk tambah ilmu. Tidak kira ilmu dari segi marketing , malah ada juga ilmu mengenai suplemen Shaklee. Kita buat bisnes Shaklee ini bukan saja-saja , kita perlu jadi SID yang berilmu untuk membantu orang yang memerlukan. 


Kelas dan training ini bukan sahaja disediakan dari mentor atau upline, malah pihak syarikat Shaklee juga ada menyediakan kelas untuk para SID Shaklee secara percuma. Hanya diri kita sahaja mahu menadah ilmu atau tidak.



5) Ukhuwwah antara SID Shaklee

Seperti yang kita sendiri tahu, SID Shaklee ramai di Malaysia dan banyak group serta leader yang berbeza untuk seseorang SID. Apabila ada sesuatu event Shaklee, SID Shaklee akan berkumpul dan berjumpa. Komuniti bisnes Shaklee ini sangat best kerana walaupun kami tidak pernah berjumpa tetapi sangat mesra dan terasa ukhuwwah antara kami.



6) Bisnes mesra keluarga 

Komuniti bisnes Shaklee ini best sebab keluarga nombor 1  tapi bisnes bukan nombor 2. Hal ini kerana, ia fleksibel masa dan tempat. Dimana-mana sahaja boleh buat  bisnes hatta sedang menjaga anak atau bercuti bersama keluarga . Tambahan pula, jika terdapat majlis atau program Shaklee, keluarga turut diraikan dan dijemput hadir malah terdapat bahagian permainan kanak-kanak juga disediakan.



7) Tak bersaing malah membantu

Ini apa yang Syafiqah lihat dalam komuniti Shaklee. Walaupun masing-masing SID menjual produk Shaklee, tapi kami masih  boleh berkawan, saling berkongsi ilmu dan idea. Tambahan pula, ada yang baik hati untuk berkongsi poster dan gambar produk Shaklee lagi dalam telegram untuk kami sama-sama manfaatkan dan sebarkan kebaikan Shaklee. 

8) Tambah networking

Alhamdulillah melalui komuniti bisnes Shaklee ini, Syafiqah dapat tambah networking atau kenalan baru melalui sistem COD vitamin Shaklee kepada klien. Daripada situ, Syafiqah boleh tahu siapa namanya, tinggal di mana, sakit apa, serta latar belakang klien. 

9) Sistem support dari Syarikat Shaklee

Shaklee merupakan syarikat yang kukuh serta stabil. Apabila kita buat suatu bisnes, syarikat akan menyediakan sistem atau web yang mudah untuk ahli-ahlinya. Web Shaklee ini mesra pengguna, mudah untuk order di mana-mana sahaja dan Shaklee sendiri yang akan uruskan postage. Tambahan pula, web Shaklee juga terdapat info produk dan kesihatan .  Justeru, pihak Shaklee juga akan mengadakan kelas nutrisi dari pakar nutrisi Shaklee sendiri.

Ma Syaa Allah best kan komuniti bisnes Shaklee🥰
Berminat , jom sertai kami😁

Nurul Syafiqah
Founder The Hayyan Empire
019-4332962


#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023






Comments